Monday, 24 October 2016

Apakah Hikmah Disebaliknya?

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil..
Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba Nya..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan. Setelah sekian lama kau memendam luka.
Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Sebenarnya kita berat melepaskan kerana:

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

Terima kasih Ya Allah atas nafas & hidup ini. Semoga pengakhiran hidup kami dalam IMAN & ISLAM.

Saturday, 5 March 2016

[PART 5] TRIP KE MEDAN, INDONESIA

Previous post: PART 1PART 2PART 3, PART 4
Assalamualaikum ! Hai, sebelum memori di kepala hilang baik zymah habiskan cerita sepanjang di Medan, Indonesia cecepat. Bulan 3 nih pergi Indonesia lagi, siapa nak ikut? Haaa :) Berapa banyak Partt daaa.. Buat banyak2 part bukan sebab apa, al-maklumlah busy manjang. Ok! kita sambung part seterusnya, lepas kami puas jalan di sekitar SiPiso-Piso Waterfall, kami terus gerak ke Rumah Bolon.



Bolon nih maksudnya "besaqqq" bak kata oqang Kedah. Rumah Bolon maksud rumah pembesar/raja. Nama Purba ni adlh nama salah satu dari marga @ suku kaum batak. Tengok, sebelum nak masuk macam ada terowong, menakutkan tak? errrr.




Yang ni pulak tempat menumbuk padi untuk para gegadis yang cunn seperti bajuu purple itu dari pelusuk kampung. Hahah. Raja akan melihat gegadis yang cun tu & kalau raja berkenan, dia akan memperisterikannya. "Wahaii raja, jadikanlah aku isterimu" berangan  Untuk pengetahuan korang, raja tak kisah nak kawen berapa pun, wehh banyak gila kot isteri dia.



Ramai kan raja2 kerajaan Purba nih. Itu adalah tempat tidur raja dan isteri-isteri-isteri-isterinya. Haa bayangkan berapa banyaknyaa isteri2 raja nih. Duduk dalam satu rumah, ehh kalau macam drama Melayu, agak2 apa berlaku? hurmm. Setiap isteri ada dapurnya sendir, tempat tidurnya sendir, semua sendiri. Kami diberitahu, isteri raja ada 12 orang. Waw! Kalau nak taw terperinci, mailaa masuk Rumah Bolon & datang sini. Hehe.




Lepas dari Rumah Bolon tu, kami berjalan lah mengelilingi sekitar Rumah Bolon nih. Basaqq weh kawasan dia. Letih berjalan tapi enjoyy sesangat. 

Next destination !
Simarjarunjung Hill! Yey! Perjalanan ke sana lebih kurang dalam -+2 jam setengah lebih kot, xingat sangat sebab ada terlelap kejap dalam kereta celik2 dah sampai. Hahah.


Tapi sebelum terlelap tuh, sempat lah tengok luar tingkap kereta sebelum sampai, pemandangan2 Danau Toba, Allahhh kreatifnyaaaa Allah :') Ada nampak macam bentuk unta tak? Mr Asdo cakap itu unta tidur sebab nampak bukit tu mcm bonggol unta sedang tidur. Bergelak kami sepanjang perjalanan sehinggalah masing2 melelapkan mata dan bermimpi indah. Hee.




Alhamdulillah dah sampai nih, mata pun dah segar. Badan dah ready untuk pusing satu Simarjarunjung Hill. Hehe beshnyerr.


Mr Asdo Tour Guide kami yang sporting ting ting.



Ewahhh. seronoknya Simarjarunjung Hill. Berangan laa kejap kalau datang sini lagi, kita photoshoot wedding mesti cantikkann. Haha. *K,TakHabisHabisDenganAnganAngan*

Monday, 4 January 2016

[PART 4] TRIP KE MEDAN, INDONESIA

Previous post: PART 1, PART 2, PART 3

Lepas dah puas bergambar depan hotel Green Garden, kami pun angkat2 lah barang masuk dalam kereta sebab kami dah tak menginap dekat sini untuk hari seterusnya. Bermula lah perjalanan kami untuk ke Parapat Lake Toba. Destinasi pertama kami ialah Sipiso-Piso Waterfall. Yuhuuu! 



Sebelum sampai ke destinasi yang nak dituju, kiri kanan kami penuh dengan cucuk tanam. Rajin benor orang2 di Brastagi kan. Untuk pengetahuan, di Brastagi memang dikenali dengan ladang pertanian yg menghasilkan buah2an, sayuran & bunga berwarna-warni..Kami pun sempat lah menyinggah beli buah oren. Manis yakmatt. Fresh dari ladang beb. Dan sambunglah perjalanan kami dari Brastagi ke Sipiso-piso Waterfall lebih kurang +-1 jam lebih macam tu. Sepanjang jalan tu jangan terkejut kalau nampak penuh dengan gereja sebab kan zymah dah bagitaw tadi di Brastagi 70% Kristian. So no wonder lah kan. 




Yeyy! Jauh perjalanan luas pemandangan. Akhirnya sampai juga tempat yang dituju. Hai Sipiso-piso Waterfall kami sampai nii :) Taraaaaa.. Rasa tak lengkap hidupp taw berkunjung ke Karo, Sumatera Utara tapi tak singgah di Sipiso-piso Waterfall ni. Hee. 



Untuk pengetahuan, dkt sini merupakan kebanggaan kampung halaman yang dimiliki oleh masyarakat Batak Karo. Banyak giler jenis2 Batak sebenarnya, Mr Asdo siap suruh kami hafal lagi jenis2 Batak ni dalam kereta tadi sebelum sampai ke sini. Hehe. Gilorss. Iolss ingat 3 4 jenis Batak jer kot, sebab nama2 nya susah nak ingat. #SisStress. Hahaha. 




Dekat sini korang boleh tengok secara live Gunung Berapi. Tuu belakang tuu. Meletus kang haa xtaw laa xbalik Malaysia lah gamaknya. waaa. Mr Asdo bagitaw Gunung Berapi nih dia ada masa2nya aktif, tapi nasib kami baiklah masa nih Gunung Berapi xada api *Ktaklawak  Gunung Berapi tak aktif lah. Jadinya, boleh la kami megembirakan hati dengan memenuhkan memory Henset dengan gambar2. Huhihui.


Katanya, air terjun tu mengalir ke Danau Toba sepanjang masa & merupakan salah satu sumber air di tasik tersebut. MashaAllah Ta'ajub! Benarlah, Allah itu Maha Kaya Maha Berkuasa.


Untuk pengetahuan, ketinggian Air Terjun Sipiso-piso ni 120 meter taw, sebab tu air terjun ni dinobatkan yang paling tinggi di Indonesia. Air terjun ni tepi Danau Toba jer & dikelilingi bukit2 hijau. Hijau-hijau mata ku. Hehe. Lepas tu, jangan lupa selfie *Kbye.




Bermulalah pengembaraan di sekitar kawasan Air Terjun Sipiso-Piso ini. Okey kaki masih kuat nih untuk berjalan naik turun tangga. 

Tempat shopping pun ada sekitar air terjun nih, tapi korang pandai2lah bodek sikit. Mr Asdo tour guide kami tak galakkan shopping dekat sini, bukan sebab mahal tapi bila dah shopping tak ingat dunia. Hehe. Lepas ni kami kena rushing untuk ke destinasi seterusnya. Tapi tak kira nak gakk belek apa yang dia jual. Haha. Alhamdulillahhh everything was going fine.

--Next entry Part 5--



[PART 3] TRIP KE MEDAN, INDONESIA

Previous post: PART 1PART 2,

Fuh! 3 jam perjalanan wehh, siapa boleh tahan maka berkrohh krohh lah didalam kereta atau bahasa sopannya, bermimpi indah lah kami. hee. No bukam kami tapi mereka. Zymah memang tak boleh tidur langsung dengan keadaan jalan dekat sana, sementara nak biasa. Mungkin jgk baru lepas makan kan, tak boleh nak tidur sangat lah. Perjalanan dari medan ke Brastagi sangatlah berbengkang bengkok berpusing-pusing MashaAllah Ya Rabbi. Kalah haa jalan ke Cameron Higlands. Dengan suasana bisingnya hon-hon kenderaan antara satu sama lain, Ya Allah kau rasa? Mr Asdo bagitaw, dkt Indon mmg diorng suka hon-hon gitu bkn sebab marah atau apa tapi untuk bagi jalan/mintak laluan dkt kenderaan lain. Haa korang faham x? Jalan pun main selit jer, zymah rasa kalau dkt Malaysia buat macam tu mampuihh kena Honnnnnnnnnnn panjang dgn kenderaan lain. Haha. Sesak tapi seronok tengok gelagat2 dekat sana. Suasana dah malam time ni, lagipun hujan renyai-renyai nak tangkap gambar pun dah xnampak, next entry ada gambar kesesakan di Indon, tunggu taww.






Alhamdulillah.. malam tu tidur dengan nyenyaknya dan bagun pagi tadaaaaaaa! Breakfast lu. Zymah pagi2 memang jenis tak makan banyak. Cukuplah roti&buah oren&teh panas untuk alas perot. Senang bela kan. Haha. Sebenarnya macam2 jenis makanan ada dekat hotel ni, nasi goreng, koey teaw goreng, ayam goreng, ntah berjenis-jenis goreng ada lagi haa sampai tak taw nak pilih makan yang mana. 



Lepas kami isi perot, ni la muka-muka happy kami & ready untuk berjalan sehari suntuk. Hehe. Ni depan pintu hotel yang kami menginap untuk satu malam di Brastagi. Alaaa gambar dalam hotel ada dalam kamera tapi tak transfer ke letop. Tengok mana yang ada jelah ye. 



Untuk pengetahuan, di Brastagi 70% Kristian dan 30% Islam. Dan kebetulan kami datang sini pulak time2 hari Krismas kan, depan pintu tepi luar penuh lah poster Selamat Menyambut Tahun Baru & Krismas. Huhu. Layankan jelahhh. Tapi dont worry guys makanan2 di hotel Green Garden InshaAllah halalan toyyyiban. Guna pakej kan, sure lah company beri servis terbaik untuk customer2 Muslimnya. :)

--Next entry Part 4--




[PART 2] TRIP KE MEDAN, INDONESIA

Previous post: PART 1

ALHAMDULILLAH lepas dah berkumpul kami 5 orang, tour guide di Indon memang dah tunggu kami siap2 dekat sana. MashaAllah tour guide sana pun sporting habis. Nama nya Asdo. Nama panjang ntah xamik taw pulak. hee. Sampai sana pun dah malam, badan pun dah letih, kami disediakan dengan kereta ala2 Inova dari tour guide sana. Memang selesa sangat sebab kami 5 orang ja, kereta besar, barang pun tak banyak. Alhamdulillah. Gambar dalam kereta tak ada sebab excited sangat bersembang dengan Mr Asdo sampai tak ingat nak bergambo. hee.



Sebelum sampai ke hotel, kami singgah makan kejap di Restoran Ayam Penyet Cindelaras, Medan. Makanan dia perghhh meleleh2 wa cakap lu! Bertambah2 haa makan. 





Makan dekat sini tolong lah ingat dunia *tu je nak pesan* sebab skali suap dalam mulut perghh apsal sedap sangat nih wehhh. Lepas tu mintak nasi tambah, sambal tambah, sayur tambah, semua bertambah haa. No charge okey. No charge, makan lah sebanyak mana pun yang penting puas. Harga makanan dah termasuk dalam pakej, so kami wat lek wat pis je makan xtaw berapa harga setiap satu. Hee. *muka gembira kan*

Alhamdulillah, lepas dah membuncit kan perot memasing, kami pun gerak untuk ke Hotel. Untuk pengetahuan, perjalanan kami dari Medan untuk ke hotel di Brastagi selama 3 jam perjalanan. Fuh!

--Next entry PART 3--

[PART 1] TRIP KE MEDAN, INDONESIA

Alhamdulillah dalam masa setahun (2015), dapat jejak kaki 2 tempat ke luar Malaysia. Sebelum ni bulan 1 ke Istanbul, penutup tahun bulan 12 ke Indonesia pula. Rezeki semua Allah dah catat, mana tahu. Mungkin sebab faktor tahi lalat dkt kaki kot. Org dulu2 lah cakap, kalau ada tahi lalat dekat kaki rajin berjalan jauh. Auta or reality?



Family lah of course orang yang paling baik hantarkan zymah ke Penang Airport. Hehe. Tq sister drive. Flight petang tapi lepas zuhur dah siap2 betolak ke Airport, org kata biar awal jangan lambat kan. Awal sangat nih tu yang sempat posing bagai. Adehh. Ouh ya, trip nih guna pakej company zymah, Jauhar Asia Vacations. (tekan link & like ok) IAllah berbaloi2 wa cakap lu! 




Senget2 beg mak nakkk. Dah gi sana 3 hari ja, semua benda alah sumbat dalam tu ja. Baju pun bawak cukup2. Sebab malas langsung nak tarik2 beg, eh tak kuasa kite! Time nih dah lambai2 family dekat luar sebelum beratur untuk sahkan passport. Tsskk sedih. 


Alhamdulillah. Setengah jam penerbangan dari Penang ke Indonesia, tepat pukul 7 waktu Indon kami sampai dengan selamat. Setengah jam? yupp, macam Kl fly ke Kedah ja rasa. Tak menyempat cheq nak panas punggung dah sampai. Waktu malaysia & Indon beza sejam ja. Jadi senang lah nak jangka kan.



Penat mak nakkk oii, time nih tengah tunggu lagi 2 orang group dari KLIA2 sampai. Kalau ikutkan, diorng sampai dulu dari kami, tapi jadi terbalik pulak. Tak apalah yang penting ada lantai untuk duduk. Alhamdulillah tak lama lepas dari tu, dalam 20 minit cmtu kot diorng pun sampai. Jadi, bermulah perjalanan kami 5 orang sahabat. hehe.

--Next entry PART 2--




Sunday, 15 November 2015

Selagi masih dibumiMu.

Salam ukhuwah fillah abadan abada.

-Selesai design, update blog, published!- Sebab bos saya go out. Hikss.

Setelah sekian lama tak update. Maka muncullah kembali si zymah untuk memberitahu yang dia sudah KONVO! yuhii raikan sikitt phewlesss.. Acah-acah jer taw.

Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan dalam kenangan-- weh sedih ;(
Empat tahun tambah tolak darab bahagi semua tersimpan kenangan. Dari zaman tahun 1 zaman keanak2kan hingga zaman tahun 4 zaman keremajaan konon-konon tu, dah tinggal kenangan. KENANGAN WEI KENANGAN. Maksud kenangan, pahit campur manis campur tawar campur masin air laut semua akan dikenang dalam hidup. Nak dikembalikan, sangat mustahil. Rindukan kenangan tak apa, tak salah sebab kita manusia yang memang lumrah ada rasa RINDU..

Palinggggg aku rindu kenangan bersama si dia. Ya, dia. sangat istimewa. sangat bertuah. sangat beruntung. Dia selalu ada bila sesiapa memerlukan dia. Dia jarang nak marah kawan-kawan dia cuma sangat suka mengusik. kadang-kadang tak marah pun jadi nak marah sebab usikan dia. Eii Nakal! suka sangat sebut "zymah poyo lah" hahah ayat POYO dia lah jadi rindu-rindukan diri dia. Dia, kenapa cepat sangat menghilang? kenapa? kenapa tak tunggu kita sama-sama konvo? tak nak ker bergambar dengan zymah? okeylah faham.. mungkin itu petanda yang zymah masih banyak dosa yang berbaki.
Dia suci. sangat istimewa. Satu masa, terdapat satu berita yang mengatakan dia sedang tenat. Dia bertarung nyawa selama beberapa bulan untuk diri dia. Harapan kami tinggi untuk tengok dia tersenyum seperti biasa. Tapi....... hari Jumaat bersamaan 5/9/2014 mungkin berita gembira untuk dirinya tapi bukan kami. Dia menghembuskan nafas terakhir untuk selamanya. Ya selama-lamanya. :') Indahnya Allah caturkan hidupmu sahabat. Dikau sahabatku. Sahabat dunia akhirat. Sahabat, doakan kami disini yang masih merangkak-rangkak mencari tujuan hidup yang diredhoi. Supaya dapat mengikut jejak langkahmu.Betul lah orang selalu kata, orang baik-baik selalu pergi dulu. Sebak. Al Fatihah untuk beliau- Siti Zulaikha bt Ghazali- Abadi dikau di Syurga Allah.


Yang pergi tetap akan pergi, yang masih hidup teruskan kehidupan... :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehidupan yang bagaimana? Yang Allah aturkan, Allah mengizinkan, jadi manusia yang bahagia. :)


Oh, sambung cerita pasal mood konvo tadi. Qenyah baq anggg nak konvo pun. Tudia laa. Hidup apa tak susah tapi Wat Lek Wat Cool Coll Bebeyh gituuu. HAHAHA sgtt. Tapi Alhamdulillah lah dapat jugak sarung jubah konvo dibadan ku ini. Muwehehe. Walaupun kau jubah hantu, tapi I Lap U lah sebab bagi kenangan yang tersangat banyak. Say Hi to Jubah Hantu- Sila lihat gambar dibawah-

sumber: Instagram - walaupun jubah hantu, dia yang bersalah. Muka tak bersalah, maintain happy. 

Itu gambar sebelum jubah hantu ini digodek dan dibelacankan. Mari lihat gambar setelah dibelacankan dan ditumiskan dengan lazat :

 Nak juga gamba baling2 topi.wuuu

   Acah-acah ayu laa sikittt uolssss.


  Wish congratttss cepatt. Hihihi.

Candid sikittt..

 Eh kamera, senyum sikit lah.

Ambil yang mana sempat ja..

Oklah, itu jelah. Actually banyak naww gambar konvo nye tapi kita nih pemalu laa nak letak gedebukkk semua dalam blog. Huiii gila ke hapa? hahaha. Okey sangat lazat kan jubah hantu itu setelah ditumis dan dibelacankan? special credit to My makcik Na kerana berjaya mensedapkan Jubah Konvo ku itu. hihihihi :) senyum lebau ekauuu.. Salam ceria dari zymah si sengau dan berbatuk-batuk ini :)