Wednesday, 5 August 2015

REZEKI

Assalamualaikum.syukur masih bernyawa dan berkemampuan untuk menulis di dalam blog.Alahaiii maaf agak busy sebab sebelum nih tengah survey2 kerja dan saja buat-buat busy dan finally zymah berjaya mem"busy"kan dirinya. Muweheheh. Say Alhamdulillah please.

..REZEKI..


Kadang2 kita anggap macam dapat duit ja dah namanya rezeki. Dapat kerja ja dah rasa cukup dengan rezeki. Dapat something lah yang kita nampak depan mata hanya rezeki. Tapi kekadang kita lupa yang umur dah "tua bangka" pun rezeki taw. Yelah, masih bernafas, nafas kita tuh dari siapa?


..REZEKI..


"Aku jeles tengok dia dapat beli rumah"

"aku menyampah tengok dia bahagia"
"aku jeles tengok dia senang je dapat kerja"
"dulu CGPA aku lagi tinggi dari dia, tapi kenapa dia lebih berjaya dari aku sekarang"
"alaaah dia tu bukan berani cakap depan orang ramai, nak berlagak lah tuh"

Beb, buanglah hasad dengki tu jauh sejauh bak tangan kau nak mencapai awan. Faham tak konsep jauh tuh macam mana? Buang ok buang. REZEKI kau dengan orang tak sama taw. REZEKI tuh dari siapa? Ya dari ALLAH. Kau usaha kau dapat kau goyang kaki pun kau akan dapat kau "tanam anggur" pun kau tetap akan dapat REZEKI DARI ALLAH. Hey, ALLAH tak sekejam manusia lah. Baru ada duit lebih dah sombong. Baru dapat beli kereta dah berlagak. Baru dapat beli rumah dah memerli orang lain. Hey, MANUSIA.


..REZEKI..


Terkadang kita tak pernah terfikir dan mengagak pun apa yang kita ada sekarang semuanya REZEKI dari Dia. Bersyukur, bertambahlah rezeki. Terkadang, kawan yang baik pun rezeki. Tempat belajar yang kurang "kontroversi" pun rezeki. Awek/Pakwe (bakal isteri/bakal suami) yang memahami pun rezeki. ehh! Anak-anak yang sihat pun rezeki. Dan dapat baca blog yang tak seberapa ni pun rezeki taw! Rezeki korang dapat baca sebab zymah tengah ada mood dan membuang masa dia depan lappy. Percaya jelah REZEKI Allah tu luas seluas-luasnya. Jika semuanya yang zymah tulis nih bukan rezeki kita, ada banyak lagi rezeki yang Allah beri dan gantikannya.


Dan zymah ada tips laa sikit kan nak kongsi dan selalu zymah buat untuk bukak pintu REZEKI. InshaAllah kita kan usaha.


-Solat cukup 5 waktu. Jangan jadi sombong liat nak solat. Amboii tak bersyukur betol lah sihat tubuh badan tapi liat nak solat.

-After korang solat mestilah berdoa kan. Part doa nih penting. Sebelum zymah nak mintak macam2 dekat Allah, zymah mulakan dulu dengan selawat, Al Fatihah (niat sedekah utk mak ayah, kawan kita yang dah meninggal*sebut nama penuh beliau* dan untuk semua umat islam), lepas tu ayat seribu dinar( sila google bagi yang tak biasa dengar @ tak tahu), then yang paling penting doa DHUHA. Tak semestinya doa dhuha di buat time solat dhuha ja tapi zymah buat setiap solat 5 waktu. Al maklum ler, kekadang ter busy kerja, ter busy tidur, ter busy lalai sampai tak sempat buat solat dhuha. So cara ini jelah menggantikannya.
- Lepas tuh minta lah apa yg nak mintak. Tak kisah bahasa apa pun yang penting antara kita dan Allah. Yer dok?'

So, GOOD LUCK DAN SEMOGA HILANG HASAD DENGKI KEPADA MANUSIA LAIN. PERCAYA JELAH ALLAH KAN SELALU ADA :) Peace yo!