Sunday, 15 November 2015

Selagi masih dibumiMu.

Salam ukhuwah fillah abadan abada.

-Selesai design, update blog, published!- Sebab bos saya go out. Hikss.

Setelah sekian lama tak update. Maka muncullah kembali si zymah untuk memberitahu yang dia sudah KONVO! yuhii raikan sikitt phewlesss.. Acah-acah jer taw.

Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan dalam kenangan-- weh sedih ;(
Empat tahun tambah tolak darab bahagi semua tersimpan kenangan. Dari zaman tahun 1 zaman keanak2kan hingga zaman tahun 4 zaman keremajaan konon-konon tu, dah tinggal kenangan. KENANGAN WEI KENANGAN. Maksud kenangan, pahit campur manis campur tawar campur masin air laut semua akan dikenang dalam hidup. Nak dikembalikan, sangat mustahil. Rindukan kenangan tak apa, tak salah sebab kita manusia yang memang lumrah ada rasa RINDU..

Palinggggg aku rindu kenangan bersama si dia. Ya, dia. sangat istimewa. sangat bertuah. sangat beruntung. Dia selalu ada bila sesiapa memerlukan dia. Dia jarang nak marah kawan-kawan dia cuma sangat suka mengusik. kadang-kadang tak marah pun jadi nak marah sebab usikan dia. Eii Nakal! suka sangat sebut "zymah poyo lah" hahah ayat POYO dia lah jadi rindu-rindukan diri dia. Dia, kenapa cepat sangat menghilang? kenapa? kenapa tak tunggu kita sama-sama konvo? tak nak ker bergambar dengan zymah? okeylah faham.. mungkin itu petanda yang zymah masih banyak dosa yang berbaki.
Dia suci. sangat istimewa. Satu masa, terdapat satu berita yang mengatakan dia sedang tenat. Dia bertarung nyawa selama beberapa bulan untuk diri dia. Harapan kami tinggi untuk tengok dia tersenyum seperti biasa. Tapi....... hari Jumaat bersamaan 5/9/2014 mungkin berita gembira untuk dirinya tapi bukan kami. Dia menghembuskan nafas terakhir untuk selamanya. Ya selama-lamanya. :') Indahnya Allah caturkan hidupmu sahabat. Dikau sahabatku. Sahabat dunia akhirat. Sahabat, doakan kami disini yang masih merangkak-rangkak mencari tujuan hidup yang diredhoi. Supaya dapat mengikut jejak langkahmu.Betul lah orang selalu kata, orang baik-baik selalu pergi dulu. Sebak. Al Fatihah untuk beliau- Siti Zulaikha bt Ghazali- Abadi dikau di Syurga Allah.


Yang pergi tetap akan pergi, yang masih hidup teruskan kehidupan... :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehidupan yang bagaimana? Yang Allah aturkan, Allah mengizinkan, jadi manusia yang bahagia. :)


Oh, sambung cerita pasal mood konvo tadi. Qenyah baq anggg nak konvo pun. Tudia laa. Hidup apa tak susah tapi Wat Lek Wat Cool Coll Bebeyh gituuu. HAHAHA sgtt. Tapi Alhamdulillah lah dapat jugak sarung jubah konvo dibadan ku ini. Muwehehe. Walaupun kau jubah hantu, tapi I Lap U lah sebab bagi kenangan yang tersangat banyak. Say Hi to Jubah Hantu- Sila lihat gambar dibawah-

sumber: Instagram - walaupun jubah hantu, dia yang bersalah. Muka tak bersalah, maintain happy. 

Itu gambar sebelum jubah hantu ini digodek dan dibelacankan. Mari lihat gambar setelah dibelacankan dan ditumiskan dengan lazat :

 Nak juga gamba baling2 topi.wuuu

   Acah-acah ayu laa sikittt uolssss.


  Wish congratttss cepatt. Hihihi.

Candid sikittt..

 Eh kamera, senyum sikit lah.

Ambil yang mana sempat ja..

Oklah, itu jelah. Actually banyak naww gambar konvo nye tapi kita nih pemalu laa nak letak gedebukkk semua dalam blog. Huiii gila ke hapa? hahaha. Okey sangat lazat kan jubah hantu itu setelah ditumis dan dibelacankan? special credit to My makcik Na kerana berjaya mensedapkan Jubah Konvo ku itu. hihihihi :) senyum lebau ekauuu.. Salam ceria dari zymah si sengau dan berbatuk-batuk ini :) 







Wednesday, 9 September 2015

Kekeliruan dikelirukan dengan celaru

Err ntah hapa2 kan tajuk. Korang pun keliru dengan tajuk camtu kan. Zymah pun. Huu. Sebenarnya antara minat dan kehendak mana nak didahulukan ye? contohnya camni, korang dah berkerja gaji Alhamdulillah, jauh dengan rumah, kerja tu pulak memang the best kena dengan minat korang lah kan, boss baik, environment kena dengan jiwa, senang cerita semua best dekat tempat kerja yang korang minat tu.

Tuptup one day ada offer kerja yang memang korang minat jugak, gaji double Alhamdulillah, dekat dengan rumah, boss xtaw lagi macamana pe'el nya, environment pun xtaw, senang cerita korang xtahu apa2 mengenai company tu, cuma duk search ja dekat internet.

So, which one is your choice? Erghh pening. Dua2 minat tapi lebih kepada kehendak, kehendak yang gaji double Alhamdulillah dan kehendak dekat dengan rumah. Ermm, next entry maybe? To be continue---

Pakej Travel

!! PAKEJ 2016 !!














-----------------------------------------------------------

LAST CALL (2015)!!!!











Tuesday, 8 September 2015

Satu Bulan

Alhamdulillah dah sebulan berkerja. Macam-macam pengalaman dah dapat. Sampai satu hari tu borak2 dengan my mom dan terkeluar ayat ni "mama Jimah tak pernah rasa meganggur, macam mana rasa meganggur ma?" . Mama balas simple tapi mendalam "itulah kelebihan ko". 

Ini bukan cerita nak mendabik dada konon hebat tak rasa meganggur, tapi cerita JALAN REZEKI ALLAH untuk hamba-hambanya. Fahami betol-betol.Aku bukanlah pelajar yang Dekan tiap sem wehh. Agak kelembapan juga nak terima subjek2 yang aku rasa susah nak berfikir. Kah! Itulah hakikat seorang bernama Aziemah.


Sebelum aku diterima kerja tetap, lepas ja officially aku habis belajar aku kerja Part Time buat kuih raya. Bulan puasa time tu. Puasa kan sebulan, so aku pun keja tak sampai satu bulan.  Alhamdulillah aku xpernah xenjoy dengan kerja aku. Lagipun sifat aku yang memang mudah masuk dengan semua orang. Happy go lucky gitu orang kata. Alhamdulillah kelebihan kot. Lepas habis ja kerja tu, dalam hati aku cakap, "ermm nanti nak sambung kerja balik lepas raya lah, raya nak raya puas2 malas nak fikir pasal kerja lagi". 


Tapi nak dijadikan cerita, betullah orang cakap, ehh bukan org cakap tapi Allah yang cakap "Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya" (QS Yusuf: 21). 


Lepas tu, dalam keadaan masih mood beraya, aku telah dipanggil untuk menghadiri temuduga di syarikat yang aku berkerja sekarang ni. Alhamdulillah potpet punya potpet, esok tu aku dah boleh mula berkerja. Unexpected! 


Dan dari sebulan aku berkerja, aku dapat simpulkan:

Jangan harap kerja makan gaji nak gaji lebih, sebab bos kita pun kerja makan gaji. Gaji dia lebih dia buat kerja lebih. Nak gaji lebih buat kerja lebih dan tanggungjawab pun lebih. 

Tenkiu sudi baca. Chekidaut!




Wednesday, 5 August 2015

REZEKI

Assalamualaikum.syukur masih bernyawa dan berkemampuan untuk menulis di dalam blog.Alahaiii maaf agak busy sebab sebelum nih tengah survey2 kerja dan saja buat-buat busy dan finally zymah berjaya mem"busy"kan dirinya. Muweheheh. Say Alhamdulillah please.

..REZEKI..


Kadang2 kita anggap macam dapat duit ja dah namanya rezeki. Dapat kerja ja dah rasa cukup dengan rezeki. Dapat something lah yang kita nampak depan mata hanya rezeki. Tapi kekadang kita lupa yang umur dah "tua bangka" pun rezeki taw. Yelah, masih bernafas, nafas kita tuh dari siapa?


..REZEKI..


"Aku jeles tengok dia dapat beli rumah"

"aku menyampah tengok dia bahagia"
"aku jeles tengok dia senang je dapat kerja"
"dulu CGPA aku lagi tinggi dari dia, tapi kenapa dia lebih berjaya dari aku sekarang"
"alaaah dia tu bukan berani cakap depan orang ramai, nak berlagak lah tuh"

Beb, buanglah hasad dengki tu jauh sejauh bak tangan kau nak mencapai awan. Faham tak konsep jauh tuh macam mana? Buang ok buang. REZEKI kau dengan orang tak sama taw. REZEKI tuh dari siapa? Ya dari ALLAH. Kau usaha kau dapat kau goyang kaki pun kau akan dapat kau "tanam anggur" pun kau tetap akan dapat REZEKI DARI ALLAH. Hey, ALLAH tak sekejam manusia lah. Baru ada duit lebih dah sombong. Baru dapat beli kereta dah berlagak. Baru dapat beli rumah dah memerli orang lain. Hey, MANUSIA.


..REZEKI..


Terkadang kita tak pernah terfikir dan mengagak pun apa yang kita ada sekarang semuanya REZEKI dari Dia. Bersyukur, bertambahlah rezeki. Terkadang, kawan yang baik pun rezeki. Tempat belajar yang kurang "kontroversi" pun rezeki. Awek/Pakwe (bakal isteri/bakal suami) yang memahami pun rezeki. ehh! Anak-anak yang sihat pun rezeki. Dan dapat baca blog yang tak seberapa ni pun rezeki taw! Rezeki korang dapat baca sebab zymah tengah ada mood dan membuang masa dia depan lappy. Percaya jelah REZEKI Allah tu luas seluas-luasnya. Jika semuanya yang zymah tulis nih bukan rezeki kita, ada banyak lagi rezeki yang Allah beri dan gantikannya.


Dan zymah ada tips laa sikit kan nak kongsi dan selalu zymah buat untuk bukak pintu REZEKI. InshaAllah kita kan usaha.


-Solat cukup 5 waktu. Jangan jadi sombong liat nak solat. Amboii tak bersyukur betol lah sihat tubuh badan tapi liat nak solat.

-After korang solat mestilah berdoa kan. Part doa nih penting. Sebelum zymah nak mintak macam2 dekat Allah, zymah mulakan dulu dengan selawat, Al Fatihah (niat sedekah utk mak ayah, kawan kita yang dah meninggal*sebut nama penuh beliau* dan untuk semua umat islam), lepas tu ayat seribu dinar( sila google bagi yang tak biasa dengar @ tak tahu), then yang paling penting doa DHUHA. Tak semestinya doa dhuha di buat time solat dhuha ja tapi zymah buat setiap solat 5 waktu. Al maklum ler, kekadang ter busy kerja, ter busy tidur, ter busy lalai sampai tak sempat buat solat dhuha. So cara ini jelah menggantikannya.
- Lepas tuh minta lah apa yg nak mintak. Tak kisah bahasa apa pun yang penting antara kita dan Allah. Yer dok?'

So, GOOD LUCK DAN SEMOGA HILANG HASAD DENGKI KEPADA MANUSIA LAIN. PERCAYA JELAH ALLAH KAN SELALU ADA :) Peace yo!

Friday, 3 July 2015

Tips Bahagia

Assalamualikum. Salam Jummat. Allahumma Soli'ala Saiyidina Muhammad.

Alhamdulillah masih bernafas, syukur. Kali ni nak share Tips Bahagia untuk diri. Ehemmm ehemm ehemm. Orang bahagia, meh lah nak share semua rasa bahagia.

Tips Bahagia pertama sentiasa Positif! yeahhh walaupun kekadang susah nak positif dan asyik-asyik nak negatif tapi belajarlah. Ya belajar positif. Cara yang macam mana? meh nak kasi contoh, kawan baik korang tunang/khawin tup2 tersebar je gambar diorang dah tunang/khawin tapiii korang tak dijemput! Jadi, dari situlah mula pikiran2 syaitoonnirojimm datang dan asyik-asyik nak negatif jer otak tu. Apa salah, tanya diromg kenapa dan cuba faham situasi diorang. Mungkin, bajet diorang hanya cukup untuk sedara mara terdekat atau mungkin diorang jenis ber ala kadar sahaja buat yang wajib yang penting HALAL beb. Susah sangat ker nak positif?

Tips Bahagia kedua sentiasa senyum. Ala comel-comel senyum lah sikit kan bertambah comel. Tapi jangan pulak dengan berlainan jantinan gatal senyum dengan sama sejenis masam kalah cuka. Rotan karang! Tak kena duit pun senyum beb.

Tips Bahagia ketiga, tolong menolong kan amalan mulia. Tolong yang macam mana? tolong buat orang lain bahagia dengan pertolongan kita walaupun tak dihargai. Boleh? Kita tolong dia, dia tak hargai kita, boleh bahagia ker macam itu beb? BOLEH. jika korang ada kesemua diatas tadi. Positif ->senyum -> bahagia.

Itulah sedikit tak berapa banyak Tips Bahagia dari zymah wanita terbahagia share untuk korang. Ahahahahah. Allahumma Soli'ala Saiyidina Muhammad. Terima Kasih sudi baca.


Tuesday, 16 June 2015

15 JUNE 1992-15 JUNE 2015

Assalamualaikum. Alhamdulillah walaupun semalam ada berbuat dosa, Allah masih beri peluang untuk bernafas hari ini. Pernah terfikir kenapa?

15 June - bukanlah satu tarikh yang special untuk semua. Tapi sangat berharga untuk aku. Kenapa? sebab tarikh itu antara pertarungan mama aku dengan hidup dan mati. Berjuang bersungguh lahirkan aku di dunia. Alhamdulillah aku keluar di rahim mamaku dengan normal. Aku menangis, mama tersenyum walau dalam keadaan sakit bersalin. Bahagia.

15 June 2015 - Sekarang genap umur aku 23 tahun. Tahniah mama ayah sebab berjaya besarkan aku selama 23 tahun. Nangis ketawa kecewa aku mereka layankan jer. Daripada bayi sampai ke kanak-kanak hingga ke remaja alhamdulillah aku sihat malah bertambah sihat dengan lemak  kolestrol. Mihmihmihmih. Sampai tarikh ini, aku tak pernah mengharapkan yang special, hadiah yang besar-besar bertingkat-tingkat, celebrate yang havoc-havoc,kek besar-besar, walaupun aku kadang-kadang mention dekat kawan-kawan yang 15 June nih bezday akuuu wehhh nak hadiahhh taw! hahaha. Tape, kalau ada kita terima kalau tade kita bersyukur. Hee. Cukup doa aku deberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus beribadah, cepat kawen, dapat suami soleh, dimurahkan rezeki pun dah cukupppp alhamdulillahhhh. :) Chill okey kita dah besar, celebrate semua tu zaman kanak-kanak boleh la. ehhh. Hehehe. Zaman dah keremajaan nih kawan-kawan belanja makan, wish sempoi-sempoi pun dah cukup. Kannnn? so, masih belum terlambat kot untuk wish dekat diri sendiri. Happy Birthday to me and i appreciate all the wishes. Ehh terharu ada designkan untuk kita. Nih barulah rare. Terharu menangis dalam hati. Kadang-kadang tak boleh nak handle ehh apa hall jengg handset nih. hahah. Thank you all very much.













Monday, 15 June 2015

Tertangguh bersebab

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berceloteh disini.

Terima kasih masih setia. terima kasih masih menanti. terima kasih masih meluangkan masa di blog usang ini.

Firstly i'm really sorry sebab asyik buat cerita yang bikin gempak tapi asyik tertangguh. Haritu konon nak cerita pasal tempat praktikal kann. tapi bukak-bukak blog nih still entry yang lama. hampeh. ampunn. maaf sebab kesuntukan masa. kesuntukan line hotspot yang kengkadang aku rasa nak campak jer kelaut sebab mcm kura-kura sangatt. grr. Ehh by the way, terima kasihlaa sudi tunggu taw taw.

Ermm Ermm yang order untuk buat blog homestay tu pun asikk tertangguh jugak. Allah serba salah dibuatnya. Minggu lepas asyikk busy tiap minggu pi Usim sebab ade bengkel Bi dan minggu lepasnya pulak ada exam Bi tuu. Minggu ni pulak kena rushing siapkan report Praktikal pulak. Minggu depan pi Usim lagi untuk presentation report. *Oii busy memanjang kalah meneteri nih dah kenapa! maaf sangat2 tuan empunya homestay itu. Harap faham dan terima kasih memahami. uhukk T_T ya janji lepas siap everything, janji akan siap jugak blog homestay tuh. sabar ye :)

okey itu jer,
next entry nak cerita pasal birthday gigirl pulak.
nantikan.. hee.

Wednesday, 6 May 2015

[TEMPAHAN DIBUKA SEMULA]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah atas sedikit ilmu menggunakan Adobe Photoshop. Jadinya, apa salahnya zymah membantu orang-orang yang amat memerlukan. Konsep dia senang cam nilah, "zymah tolong korang, korang tolong zymah" gituu.


Sebarang tempahan untuk mendesign sesuatu produk seperti iklan-iklan, brochure atau membuat blog untuk bissness korang bolehlah contact dengan zymah samada melalui email, whatsapp atau facebook.


--BAYARAN??--


Berkenaan bayaran jangan risau, zymah bukanlah mencekik darah. Kita boleh nego-nego gituu. Macam yang zymah cakap sebelum ni, zymah tolong korang, korang tolong zymah. Mengikut ihsan org tu jgk. Kalau masih buat2 tak faham @ tak bertanya langsung tentang bayaran, TOLONG FAHAM. Awak mencari rezeki, saya juga mencari rezeki. Deal?


--DEAL-- 


Anggaplah itu sebagai "upah tenaga" zymah menghedit & mencari idea, mengorbankan masa tidur & upah internet yang macam siput kadang-kadang. 


Tanpa melengahkan masa, zymah sertakan hasil design zymah untuk korang menilai. Korang kena faham, zymah hanya seorang pelajar DEGREE. Bukan seorang pekerja yang berpengalaman 3 tahun dalam bidang mendesign. Thats why harga pun tak mencekik darah dan dikhaskan untuk orang yang mahu berbissness tapi tak ada iklan untuk ditayangkan, tak ada blog untuk dihebah-hebahkan, tak ada brochure untuk diwar-warkan. TAPI ADA ZYMAH SEDIA MEMBANTU.

#Gambar dibawah adalah hasil yang dah siap yang ditempah oleh customer. Alhamdulillah wa syukurillah.



TEMPAHAN IKLAN (AWAL 2015)



TEMPAHAN BLOG (AWAL 2015)
http://homestaykaparklang.blogspot.my/



TEMPAHAN BROCHURE (AWAL 2015)




TEMPAHAN BANNER (HUJUNG 2015)
SIZE 9X3



TEMPAHAN BUSINESS CARD (HUJUNG 2015)




Dan hasil design sepanjang 2015 & 2016 -- DISINI

Saturday, 2 May 2015

JEJAK KASIH

Sebarang JEJAK KASIH anda semua, boleh lah contact melalui email zymah: aziemahshah@yahoo.com
atau mungkin lebih advance, JEJAK KASIH boleh di buat di laman sosial muka buku https://www.facebook.com/aziemah.zyshahchilix
atau mungkin agak rajin, JEJAK KASIH boleh di buat di Whatsapp sajooo. hikss. *untuk mereka yang ada number zymah. 

SIAPA BELIAU


Assalamualaikum.
Alhamdulillah masih bernafas.
Siapa ZYMAH? manusia--
manusia biasa. luar biasa? Mustahil. Tapi dengan izinNya apa salahnya.
Seorang gadis. Alhamdulillah rendah, tinggi rahsialah. Agak comel. Agak pemalu dengan orang yang baru kenal.
Dia nih jugak, kadang-kadang mood okey kadang-kadang moody. Hanya dia faham diri dia.
Zymah juga agak tegas. Ya kecil-kecil cili padi, tahu apa rasa cili padi? 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Allahu Akhbar(Allah Maha Besar), zymah diterima berkerja tetap di Jauhar Asia Vacations Sdn Bhd, Sungai Petani, Kedah pada 4/8/2015 sebagai Graphic Designer, menghadap komputer dopolopatjam lah kita yer dok?sebab zymah bahagian mendesign poster2 percutian, design banner, design phamplet dan design segala benda yang disuruh boss. hee. Jauhar Asia Vaction adalah sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai percutian samada cuti dalam Malaysia @ luaq negara. So, sesiapa yang nak cuti-cuti Malaysia @ cuti-cuti luar negara boleh lah tanya zymah (email@tulis dekat inbox tepi blog nih haa). 


-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amboi, banyak pula nak tahu siapa kita eh?
Tak payah tahu banyak sangat. Sebab tak dak menda special. Hanya orang biasa juga. 

Tuesday, 21 April 2015

Jangan Perasan Boleh?

Bismillah kalam permulaan penulisan hamba Hina.

Jangan perasan bila ada kawan yang ramai. Bermakna orang suka berkawan dengan kita. Bangganya kita wah hebatnya kita punya ramai kawan. Hakikat realiti kehidupan baik pak haji pak lebai sekalipun akan ada orang yang meluat.

Jangan perasan dengan pujian orang. Konon selfie mata besaq lens mahai bulu mata lentik orang puji alahaii comelnya awakk. Tapi hakikat sebenar tak ada lah nak puji mana pun cuma nak jadi bahan ujikaji. Mereka Memuji. Mereka Menguji. Mereka Mengkaji. Hati-hati.

Jangan perasan duit yang banyak dah kaya hidup. Kaya dunia belum tentu kaya akhirat. Jangan perasan.

Jangan perasan jangan perasan tolong jangan nak perasan. Keperasanan anda tolong² diperasankan oleh diri anda. Jangan rasa hebat. Kita semua sama. Dinamakan HAMBA.

Sunday, 12 April 2015

Effect Mood ni. Grrrr!

Bila satu masa mu rasa nak telan makanan pun sampai tahap nak menitis air mata. Tapi tetap jugak tak lepas-lepas. Barulah mu sedar betapa bersyukur nya punya nikmat kesihatan. Nikmat yang selalu kita endah-endahkan. Ada tak syukur xada tercari-cari.

Well baru mu sedar dan menanti-nanti nikmat sihat datang balik. Panggil² tapi tetap tak muncul sampaikan kekadang sampai mood pun kelaut. Tak tahulah laut china selatan ker laut sumatera ker lautan pasifik. Haaa. Konon² nak protes sebab aku tak sihat nih tak faham² ker?! Ha mula lah nak naik berang. Hilang dah kat situ sifat sabar bila tak sihat. Kan? Tak kisah lah mu sakit pening cirit muntah sekalipun. Normal. Mood kita automatik berubah. Mood dengan orang sekeliling pun akan berubah. Μood ceria berubah. Mood kuat makan hilang. Mood tido krohh krohh terganggu. Mood potpetpotpet hilang. Ehh everything lah pasal mood. Hokeyy.

Jadi mohon faham lah. Mood orang sakit nih kekadang tak betul. Mereka cuba minta perhatian untuk faham jer. Jer. Mohon faham dan tidak menganggu mood orang. Tapi janganlah sampai nak tarik muka semasam lemon pulak yer dak? cuba ubah mood negetive jadi mood positive. Tenangkan diri. Istigfar. Senyum. Enjoy with your life.

Monday, 30 March 2015

Cara luahan manusia berbeza-beza. Betol ker?

Pernah tak rasa, kadang-kadang ada sesuatu yang buat kita tak terluah atau terkata. Tak kisahlah samada benda tu tentang kehendak kita, kemahuan kita, perasaan kita atau benda-benda yang memang tak terluah dengan kata-kata. pernah rasa? normal tak?

Perasaan ni normal. dah nama manusia. tak semua perasaan terpendam kita semorang akan paham dan rasa apa yang kita rasa. kadang-kadang tempat luahan manusia pun berbeza-beza. ada org, cara luahnya dengan bercerita dengan sahabat baik. ada pula, cara luah dengan meng"hupdate" status. ada pula, cara luahan nya dengan sikap dingin nya dengan kita. ada juga, dengan menulis atas kertas lepas tuh bakar. PUAS! PUAS! rasa PUAS SANGAT kan bila luahan kita dah dilepaskan?

Tak kisahlah dilepaskan dengan apa cara sekalipun, yang penting kita puas perasaan terpendam kita terluah juga. Orang yang jatuh cinta, dengan cara luahan jatuh cintanya. samada melalui sikap ambil beratnya, gayanya, expresinya dan bla bla bla. Orang stress, dengan cara stress nya, lempaq buku tepi, melalak mcm dunia nih dia yang punya, menangis dan bla bla bla. Orang dengki, dengan cara dengkinya, mengutuk orang seolah-olah dia baik perfect sangat, merosakkan planning orang dan bla bla bla.  LAIN ORANG LAIN CARA.

Tapi satu jelah nak pesan, LUAH LAH DENGAN APA CARA, APA GAYA, APA AKU KISAH SEKALIPUN, tarik nafas kuat-kuat ingat ALLAH. Luahan denganNya lebih baik, lebih sopan, lebih elok, lebih manis, lebih lebih lebih tak ada kurang. Geram p lah dengan orang kadang-kadang rasa nak bunuh pun ada, terajang, penampo, aku sekeh kang! Luah dekat ALLAH. Luah sungguh-sungguh sampai ayaq mata nak kering pun, Dia faham. Dia kasihan. Dia terima kita seadanya.

Buang perasaan EGO. Buang perasaan Dengki. Buang semua. Buang jauh-jauh. Mati kita, biar sempat ucap LAILAHAILLAH.

Saturday, 28 March 2015

Apakah SYUKUR itu perlu?

Kali nih nak cerita tajuk yang agak best. pasal SYUKUR.

Cuba tutup hidung, tutup mulut untuk 10 minit. 10 minit pun jadilah, cuba. apa rasa? sesak tak? sesak kan? bayangkan kalau tutup untuk 1 2 3 jam apa jadi? perghh. mcm nak mati kan?
so, bersyukur tak dapat bernafas hari ni? bersyukur tak masih hidup hari ni?  bersyukur tak? gilaaaa kalau tak SYUKUR kan.

Tahu tak sebab apa kita masih hidup harini?

sebab, kita ni masih banyak DOSA. awak saya enti anta ana masih banyak DOSA dengan Allah dengan Manusia dengan Makhluk yg lain. yeker? rasa macam dah buat baik gilaa dah dengan orang sekeliling, tahajjud tak pernah lagi miss. eh jap, awak yakin ker tuh semua dah cukup banyak untuk bawak ke sana (akhirat) ? kalau rasa dah cukup, alhamdulilahhhhhhh esok malaikat izrail datang cabut nyawa. dah bersedia?
dah? semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah. aminnnnnnnnnn.

Wednesday, 25 March 2015

SENYUM, perlukah bersyarat? Erkk elehhhh..

Aku boleh senyum dengan seseorang, tapi dengan syarat........

syarat? apa syaratnya?

syarat pertama: Dia mestilah hensem, kacak, comel, ayu, jelita.
syarat kedua: Aku ada niat nak ngorat dia.
syarat ketiga: Aku sukaaaaa dia, crush kot.

bla,
bla,
bla,
bla.....

Eh kejap, senyum perlu bersyarat ker? sampai ada syarat pertama, kedua, ketiga lagi. hebat. ada syarat baru boleh senyum? kalau tak ada? masam mencuka? GITU??

BAJET.

Bajet hebat. Bajet bagus. Bajet cun. PADAHAL KOSONG dimata Tuhan.

Ada orang, muka tak berapa manis, tapi disebabkan murah dengan senyuman, mukanya manis.
Ada orang, mukanya tak ayu, tapi bibirnya sentiasa murah dengan senyuman.
Ada orang pula, mukanya dah lah manis comel ayu, murah dengan senyuman lagi, bertambah-tambah kecomelannya.

SO, HANGPA NAK YANG MANA? ITS YOUR CHOICE. SMILE IS SUNNAH. SENYUM SELALU LAH BEB.