Assalamualikum. Salam Jummat. Allahumma Soli'ala Saiyidina Muhammad.
Alhamdulillah masih bernafas, syukur. Kali ni nak share Tips Bahagia untuk diri. Ehemmm ehemm ehemm. Orang bahagia, meh lah nak share semua rasa bahagia.
Tips Bahagia pertama sentiasa Positif! yeahhh walaupun kekadang susah nak positif dan asyik-asyik nak negatif tapi belajarlah. Ya belajar positif. Cara yang macam mana? meh nak kasi contoh, kawan baik korang tunang/khawin tup2 tersebar je gambar diorang dah tunang/khawin tapiii korang tak dijemput! Jadi, dari situlah mula pikiran2 syaitoonnirojimm datang dan asyik-asyik nak negatif jer otak tu. Apa salah, tanya diromg kenapa dan cuba faham situasi diorang. Mungkin, bajet diorang hanya cukup untuk sedara mara terdekat atau mungkin diorang jenis ber ala kadar sahaja buat yang wajib yang penting HALAL beb. Susah sangat ker nak positif?
Tips Bahagia kedua sentiasa senyum. Ala comel-comel senyum lah sikit kan bertambah comel. Tapi jangan pulak dengan berlainan jantinan gatal senyum dengan sama sejenis masam kalah cuka. Rotan karang! Tak kena duit pun senyum beb.
Tips Bahagia ketiga, tolong menolong kan amalan mulia. Tolong yang macam mana? tolong buat orang lain bahagia dengan pertolongan kita walaupun tak dihargai. Boleh? Kita tolong dia, dia tak hargai kita, boleh bahagia ker macam itu beb? BOLEH. jika korang ada kesemua diatas tadi. Positif ->senyum -> bahagia.
Itulah sedikit tak berapa banyak Tips Bahagia dari zymah wanita terbahagia share untuk korang. Ahahahahah. Allahumma Soli'ala Saiyidina Muhammad. Terima Kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment